
Adakah Pendapatan Dari Luar Negara Tertakluk Kepada Cukai Apabila Dibawa Pulang Ke Malaysia?
Dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026, individu yang menetap di negara kita yang membawa masuk pendapatan dari luar negara akan dikenakan cukai, tetapi terdapat pengecualian tertentu.
Pengecualian pertama adalah jika negara asal pendapatan tersebut mempunyai peruntukan undang-undang yang menyatakan pendapatan tersebut dikecualikan daripada cukai. Contohnya, jika Ahmad bekerja di negara A dan pendapatan di negara A tidak dikenakan cukai, maka Ahmad tidak akan dikenakan cukai apabila dia membawa pendapatan tersebut ke Malaysia.
Pengecualian kedua adalah jika pendapatan yang dijana di negara A telah dikenakan cukai di sana. Dalam situasi ini, jika Ahmad membawa masuk pendapatan yang telah dikenakan cukai di negara A ke Malaysia, Ahmad tidak akan dikenakan cukai lagi di Malaysia.
Walau bagaimanapun, jika pendapatan negara A tidak mempunyai undang-undang pengecualian cukai, dan Ahmad membawa masuk pendapatan tersebut ke Malaysia, maka pendapatan tersebut boleh dikenakan cukai di Malaysia.
