
Adakah Kemiskinan Tegar Sifar Peratus Satu Matlamat yang Realistik?
Salah satu pencapaian penting yang boleh kita raikan ialah usaha kita untuk mengurangkan kemiskinan tegar di Malaysia. Walau bagaimanapun, kita harus sedar bahawa ini bukanlah usaha sekali sahaja yang boleh berhenti di situ. Pengurangan kemiskinan tegar perlu dijalankan secara berterusan, tanpa henti. Usaha ini memerlukan ketabahan dan konsistensi, terutamanya dalam menghadapi cabaran ekonomi yang boleh memberi kesan kepada keluarga miskin tegar.

Dalam konteks ini, kita tidak dapat merungkai kemiskinan secara langsung. Usaha ini perlu berterusan dan sistematik. Contohnya, semasa kemelesetan ekonomi, banyak keluarga mungkin termasuk dalam kategori miskin tegar. Oleh itu, kita perlu mempunyai pendekatan yang berterusan untuk menangani isu ini, bukan sahaja dalam keadaan ekonomi yang baik tetapi juga dalam situasi yang mencabar.
Saya menyokong usaha ke arah mengurangkan kemiskinan tegar, tetapi harus diingat bahawa menetapkan nilai kemiskinan tegar kepada sifar peratus mungkin tidak realistik. Situasi tertentu dalam ekonomi tidak membolehkan kita mencapai sifar peratus dalam parameter ini. Contohnya, kadar pengangguran adalah salah satu aspek yang tidak dapat mencapai sifar peratus dalam keadaan ekonomi sebenar.

Kadar pengangguran dianggap sebagai guna tenaga penuh apabila berada dalam lingkungan 3-4%. Walau bagaimanapun, walaupun dalam keadaan yang baik, kita tidak dapat menghapuskan pengangguran. Oleh itu, perlu diambil kira bahawa usaha kita dalam mengurangkan kemiskinan tegar adalah satu usaha yang memerlukan daya tahan dan kesediaan untuk terus berusaha demi kesejahteraan masyarakat.
Janganlah kita berputus asa jika kita tidak dapat mencapai sasaran sifar peratus, tetapi terus berusaha dan konsisten dalam menyokong program dan inisiatif yang dapat membantu mengurangkan kemiskinan tegar dalam masyarakat kita.
